Ticker

6/recent/ticker-posts

11 POSITIF COVID-19 (KOMPLEKS SRI IMAN DITUTUP)

11 POSITIF COVID-19 (KOMPLEKS SRI IMAN DITUTUP)

Di negeri terengganu, 11 orang kakitangan Kompleks Sri Iman, Kuala Terengganu positif COVID-19. Enam Premis di Pusat Pentadbiran Islam Negeri ditutup buat sementara waktu untuk proses nyahkuman. Penutupan premis itu bermula 14 hingga 16 April 2021 iaitu tiga hari.

Enam premis yang ditutup itu ialah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Jabatan Mufti Negeri Terengganu, Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu, Pejabat Agama Daerah Kuala Nerus dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu.

Penutupan ini ialah bagi melakukan proses nyahkuman dalam memastikan tidak berlaku perebakan penyakit ini. Sama - samalah kita mengamalkan kehidupan norma baharu dan mematuthi SOP yang ditetapkan dalam melawan wabak COVID-19



Catat Ulasan

0 Ulasan