Ticker

6/recent/ticker-posts

Permohonan ke IPG kepada pelajar lepasan SPM

Permohonan ke IPG kepada pelajar lepasan SPM

Kepada semua pelajar lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) tahun 2018, 2019 dan 2020 yang berminat menjadi guru boleh memohon kemasukan ke IPG dan warganegara Malaysia lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Luar Negara. 

IPG ini adalah tranform daripada Maktab Perguruan suatu ketika dahulu. Dizaman Maktab hanya Peringkat diploma sahaja pengajian yang ditawarkan. IPG merupakan Institusi dibawah seliaan KPM ( Kementerian Pendidikan Malaysia).Graduan IPG biasa menjadi Guru untuk sekolah rendah di seluruh Malaysia. Pembelajaran di IPG adalah percuma kerana ia di tanggung sepenuhnya oleh pihak KPM dan pelajar juga dibekalkan dengan elaun bulanan. KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) sangat komited dalam melahirkan guru yang berwibawa kepada negara yang menjadi tunjang utama kepada Pendidikan negara. 

Guru banyak menyumbang kepada negara dalam menyediakan masyarakat yang berilmu yang mennerajui kepimpinan suatu hari nanti. Bagi menghargai jasa guru setiap tahun 16 MEI merupakan sambutan hari guru kepada semua guru di malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Guru merupakan ibubapa ke-2 kepada pelajar selepas ibubapa pelajar itu sendiri keranan banyak masa pelajar dihabiskan di sekolah bersama guru - guru. 

Untuk Guru keluaran IPG ini penjawatan guru mengikut unjuran yang telah ditetapkan oleh pihak KPM. Apabila pelajar sudah habis pengajian di IPG pelajar akan diposting. Untuk rekod IPG memberi jaminan 100 peratus pelajarnya yang sudah belajar akan mendapat kerja dalam bidang perguruan. Hal ini demikian kerana, pelajar ini terikat dengan kontrak bersama KPM ( Kementerian Pendidikan Malaysia ).

Tempoh pengajian di IPG sama ada dalam negara atau luar negara mengambil masa 5 tahun iaitu 1 tahun persediaan 4 tahun untuk ijazah. 

Tarikh permohonan : 15 Mac - 15 April 2021

Penempatan Guru untuk lepasan IPG ialah SK, SJKC dan SJKT

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat https://pismp.moe.gov.my mulai 15 Mac 2021
                                                              Kredit FB Pages KPm


Catat Ulasan

0 Ulasan