Ticker

6/recent/ticker-posts

BIASISWA JPA 2021

BIASISWA JPA 2021

HEBAHAN TERKINI TAWARAN PINJAMAN PERSEKUTUAN BAGI PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN 2021

                     Kredit Foto FB Pages JPA


Hebahan terkini kepada semua pelajar Ijazah yang memulakan Ijazah peringkat pertama dalam negeri tahun 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk makluman semua pelajar Ijazah Pertama dalam negeri

Seperti yang dimaklumkan, kepada semua pelajar Program Ijazah dalam negeri yang beru memulakan pengajian di peringkat pertama, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuka tawaran pinjaman persekutuan. Untuk makluman kepada pelajar yang tidak mendapat apa - apa pinjaman bolehlah untuk cuba memohon pinjaman persekutuan ini. 

Pinjaman persekutuan ini berkonsep pinjaman boleh kepada semua pelajar Ijazah pertama UA ( Universiti Awam), Politeknik Premier atau Institusi awam yang lain. Kepada pelajar Ijazah pertama yang mendapat sekurang - kurangnya pointer 3.00 dan ke atas untuk peperiksaan semester satu boleh la cuba untuk memohon. 

Apakah maksud pinjaman boleh ubah?? Pinjaman boleh ubah merupakan pinjaman yang bergantung kepada pinjaman  ditukar  kepada  biasiswa  penuh  dan  dikecualikan  daripada bayaran  balik  sekiranya  pelajar  berkhidmat  dalam  Perkhidmatan  Awam setelah  tamat  pengajian manakala bayaran  balik  sebanyak  25%  daripada  jumlah  pinjaman  yang  diterima sekiranya  pelajar  berkhidmat  dengan  syarikat  berkaitan  Kerajaan  (GLC) setelah  tamat  pengajian dan bayaran  balik  sebanyak  50%  daripada  jumlah  pinjaman  yang  diterima sekiranya  pelajar  berkhidmat  dengan  syarikat  swasta  dalam  negara setelah  tamat  pengajian selain  daripada  keadaan  seperti  di  atas,  pelajar  dikehendaki  membayar balik  sepenuhnya  nilai  pinjaman. Untuk mendapat maklumat lanjut boleh rujuk JPA letakkan syarat

Bidang yang layak memohon pinjaman ini adalah 

1. Kejuruteraan dan teknikal

2. Sains Sosial

3. Klinikal dan kesihatan 

4. Sains

5. Senibina

6. Verterinar

Tarikh buka dan tutup permohonan!!! 

Permohonan boleh dibuat mulai jam 5.00 petang 11 Mac 2021 (Khamis) sehingga 23 Mac 2021 (Selasa) menerusi  https://esilav2.jpa.gov.my/

Syarat-Syarat Asas Memohon

1. Warganegara Malaysia.

2. Mempunyai kesihatan yang baik.

3. Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan).

4. Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sivil Vokasional Malaysia (SVM) 

5. Calon dan/ atau ibu dan/ atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA.

6. Tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama.


Sebarang pertanyaan sila hubungi penawaranisp@jpa.gov.my


Sumber: JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Catat Ulasan

0 Ulasan