Ticker

6/recent/ticker-posts

Tarikh Penting Yang Guru Perlu Tahu Berkaitan EG-TUKAR 2021

Peringatan Kepada Guru - Guru yang Ingin Memohon Pindah

Tarikh Eg-tukar

Tarikh Eg-tukar

                                                         Kredit FB Pages InfoPendidik

Persoalan yang selalu guru akan bertanya kepada pihak sekolah berkaitan Egtukar??

Apakah syarat untuk melayakkan guru untuk tersebut lulus bertukar ke negeri yang dipohon?

  • Syarat yang biasa ditetapkan oleh pihak KPM,JPN danPPD yang melayakkan guru tersebut lulus bertukar ke negeri yang dipohon??
    1. Yang pertama ialah Kepentingan perkhidmatan
    2. yang kedua Kekosongan jawatan
    3. yang ketiga Keperluan opsyen di negeri yang dimohon
Mengapa saya selalu Gagal dalam perpindahan ?
Guru gagal dalam memohon pertukaran adalah kerana tidak memenuhi tiga kriteria berikut 
             1. Kepentingan perkhidmatan
             2. Kekosongan jawatan
             3. Keperluan opsyen di negeri yang dimohon


Soalan yang sangat dinanti dan selalu diajukan ialah bila keputusan EGTUKAR?

  • Tarikh keputusan permohonan pertukaran guru akan dimaklumkan di Modul e- GTukar secara dalam talian.
Berapa lamakah tempoh perkhidmatan yang melayakkan seseorang guru itu lulus bertukar?
  • Kelulusan tidak tertakluk kepada tempoh berkhidmat secara mutlak. Ia bergantung kepada kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen di negeri khidmat semasa dan negeri yang dimohon.

 CARA HENDAK MELAKUKAN PERMOHONAN EGTUKAR SECARA MANUAL BAGI GURU JAWATAN DIBAWAH 

  • Guru Cemerlang Institusi (KM, ELTC, IAB): Perlu melakukan permohonan secara MANUAL kemudian dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia melalui Ketua Jabatan.
  • Pentadbir Secara Hakiki: Perlu melakukan permohonan secara MANUAL dengan MENGISI BORANG dan dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia menerusi Jabatan Pendidikan Negeri / Bahagian Sektor Operasi Pendidikan yang terlibat.

MAKLUMAT TAMBAHAN eGTukar KPM:

BAGAIMANAKAH INI MELAKUKAN RAYUAN EG-TUKAR?

  • Keputusan yang dikeluarkan  adalah muktamad. Permohonan rayuan yang lulus juga tidak dibernarkan untuk membatalkan.

GURU-GURU YANG TIDAK LAYAK MEMOHON?

  • Guru yang sedang bercuti tanpa atau separuh gaji.
  • DG42 sedang memangku dan belum dinaikkan pangkat.
  • Guru cemerlang yang sedang memangku dan belum dinaikkan pangkat.
  • Sedang mengikuti kursus atau sedang cuti belajar.
  • Guru interim (mengikuti kursus dalam cuti).
  • Guru yang dikenakan / dalam proses tindakan tatatertib.

TARIKH PERMOHONAN SESI JAN 2021 DAN JUN 2021?

  • Tarikh permohonan dibuka adalah pada 15 Februari 2021, dan tarikh permohonan ditutup adalah pada 28 Mac 2021.

Untuk membuat atau menyemak permohonan, sila layari laman web eGTukar berikut.


https://epgo.moe.gov.my/dr_login/sign_up.cfm

Kredit Laman Web KPM

Catat Ulasan

0 Ulasan